RSS

Cara mendapat rezeki yang tak terduga

Syarat dan Peraturan Pusat Tuisyen


SYARAT & PERATURAN


IBUBAPA / PENJAGA




1. Bayaran pendaftaran  akan dikenakan ke atas setiap pelajar yang mendaftar buat pertama kali di Pusat Tuisyen Bitara Pintar. 


2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 10 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Bitara Pintar berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut.


3. Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar akan dianggap tidak hadir pada hari yang berkenaan. Yuran bulanan masih perlu dijelaskan sepenuhnya .Bagi pelajar yang tidak hadir lebih dari tiga (3) bulan berturut-turut , bayaran pendaftaran perlu dibuat semula sekiranya pelajar tersebut ingin menyambung semula pembelajaran.


4. Pusat Tuisyen Bitara Pintar akan ditutup pada setiap cuti umum dan tiada kelas gantian atau rebet akan dibuat sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut.


5. Ibubapa/ penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke Pusat Tuisyen Bitara Pintar mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon.


6. Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan Pusat Tuisyen Bitara Pintar berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga perlulah memaklumkan kepada Pusat Tuisyen Bitara Pintar sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.


7. Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat Tuisyen Bitara Pintar dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.




PELAJAR


Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :
1. Sentiasa berpakaian kemas semasa hadir ke kelas.
2. Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.
3. Membawa alat tulis, buku, nota dan kelengkapan lain dengan secukupnya.
4. Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam pusat tuisyen.
5. Tidak makan dan minum di dalam pusat tuisyen
6. Tidak memakai barangan perhiasan yang berlebihan.
7. Penggunaan telefon bimbit didalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.


SocialPromoter
Hi! This blog provide resource materials for the learner and the teacher.They are suitable for classroom use as well as for independent self-study.Kindly use all the materials and you are allow to copy those stuff for your reading materials and references.
 
Dreamhost promotional codes
Copyright 2009 PUSAT TUISYEN BITARA PINTAR All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes